MODULE 4: WORDPRESS SECURITY

WordPress adalah selamat pada asalnya namun begitu kita sentiasa perlukan perlindungan tambahan untuk melindungi website kita dari ancaman keselamatan seperti cubaan menggodam, serangan malware dan sebagainya. Setiap hacker mempunyai pelbagai sebab untuk menggodam website anda seperti ingin mencuri data-data privasi anda, mencuri data-data customer anda seperti password bank atau kad kredit. Bahkan, ada sesetengah hacker menggodam website hanya kerana ingin menunjukkan kemampuan mereka. Jadi sesiapa saja terdedah kepada ancaman seperti ini.

Untuk Module ini, saya akan tunjukkan cara-cara untuk meningkatkan kawalan keselamatan website anda dengan menggunakan plugin “All In One WP Security & Firewall” dan plugin “Sucuri Security”.

4.0.1 All In One WP Security & Firewall

Belajar Bina Website

All In One WP Security & Firewall adalah plugin security yang paling popular di WordPress. Ia mempunyai user-friendly interface bagi sesiapa yang tidak mempunyai pengetahuan yang advance tentang internet security. Plugin ini melindungi website anda dengan memeriksa bahagian-bahagian yang terdedah kepada ancaman serangan dan memasang pelindungan keselamatan yang terkini untuk bahagian tersebut.

Belajar Bina Website

Antara ciri-ciri All In One WP Security & Firewall yang sangat berguna ialah ia mempunyai “Security Strength Meter” yang menunjukkan tahap keselamatan website anda. Dengan menambah ciri-ciri keselamatan tambahan, ia boleh menaikkan skor keselamatan website anda. Ia juga mempunyai security scanner yang boleh mengesan perubahan dalam sistem WordPress anda dan mampu mengesan kod-kod berbahaya yang berada di dalam website anda.

Antara ciri-ciri utama plugin All In One WP Security & Firewall ialah User Account, Login & Registration Security, Database Security, Filesytem Security, Firewall, Brute Force Prevention, SPAM Prevention dan lain-lain. Tonton video tutorial dibawah, langkah-langkah untuk memasang dan mengaktifkan plugin All In One WP Security & Firewall serta cara-cara untuk meningkatkan keselamatan website anda.

Latest Update (11/7/17)
Untuk yang buat “E-Commerce website”, saya nasihat berhati-hati dalam setting plugin security, jika security anda terlalu ketat, anda mungkin akan lock customer anda sendiri. Make sure anda test security anda dahulu dengan membuat demo pembelian di website anda melalui pc atau laptop dari sumber internet yang berbeza. Pastikan juga anda mempunyai daily atau weekly backup untuk memastikan data-data pelanggan anda dilindungi.

Cara-Cara Memasang All In One WP Migration

4.1.1 Sucuri Security

Sucuri Security juga menawarkan plugin keselamatan secara percuma kepada pengguna WordPress. Antara ciri-ciri utama Sucuri Security ialah ia menawarkan perkhidmatan “Malware Scanner” yang mana ia mampu mengesan malware yang terdapat di dalam website anda. Selain itu Sucuri Security juga memberitahu status integriti core sistem WordPress anda.

Untuk perlindungan maksimum, saya cadangkan anda memasang plugin Sucuri Security bersama-sama plugin All In One WP Security & Firewall. Tonton video tutorial dibawah, langkah-langkah untuk memasang dan mengaktifkan plugin Sucuri Security serta cara-cara untuk meningkatkan keselamatan website anda dengan menggunakan plugin ini.

Cara-Cara Memasang Securi Security