MODULE 3: E-COMMERCE WEBSITE

E-Commerce Website ialah sejenis website yang membenarkan jual beli serta pembayaran dilakukan secara online di dalam website tersebut. Antara E-Commerce Website yang terkenal di Malaysia ialah LAZADA, ZALORA dan 11STREET. Di website-website E-Commerce ini, para pelanggan boleh melakukan transaksi pembayaran secara online menggunakan sistem internet banking mahupun credit atau debit card. E-Commerce merupakan trend zaman sekarang dimana semakin masyarakat mula membeli barang secara online.  Lihat Sample Disini: E-Commerce Website

3.0.1 Pengenalan Tentang E-Commerce Website 

Sila tonton video tutorial di bawah untuk pengenalan tentang Sistem E-Commerce Website.

Pengenalan Tentang E-Commerce Website

3.1.1 Membina Static Webpage Untuk E-Commerce Website

Untuk bahagian ini, melalui video di bawah saya akan tunjukkan cara-cara untuk membina static webpage untuk E-Commerce Website dengan menggunakan theme “Styled Store” dan page builder “Elementor”. Dalam masa lebih 30-40 minit sahaja anda mampu menyiapkan webpage E-Commerce Website anda. Mudah, tiada sebarang teknikal coding, hanya sistem drag dan drop sahaja.

Latest Update (11/7/17)
Saya cadangkan anda tonton video ini serta video “web design-module 2” dan design static webpage anda menggunakan Divi Builder dan Divi Theme. Konsep yang sama sahaja (drag dan drop) tapi Divi Builder lebih mudah dan powerful (pastikan anda khatam module 2 dahulu). InsyaAllah saya akan buat tutorial menggunakan Divi Builder tidak lama lagi dan video ini akan outdated, jadi nasihat saya siapa baru nak start, mulakan dengan menggunakan Divi Builder.

Cara-Cara Design E-Commerce Website

3.2.1 Setting E-Commerce Sistem

E-Commerce website menggunakan sistem khas bagi mengambil order pelanggan yang ingin melakukan pembelian di website mereka. Berikut adalah perkara-perkara yang anda akan belajar melalui video tutorial ini:
– Memasang dan mengaktifkan sistem E-Commerce di Wordpress.
– Menetapkan lokasi (virtual) kedai anda serta jenis matawang.
– Menetapkan page untuk shop, cart, checkout serta my account.
– Membenarkan penggunaan coupon diskaun untuk website anda.
– Menetapkan pilihan pembayaran: COD / Bank Transfer / Cheque.
– Menetapkan setting email notification bagi setiap pembelian.
– Tempat melihat order yang masuk serta rekod setiap jualan anda.

Latest Update (11/7/17):
Juga Saya cadangkan anda guna Divi Builder dan Divi Theme untuk create page untuk “shop, cart, checkout & etc”. Saya akan remove tutorial yang menggunakan Elementor tidak lama lagi.

Cara-Cara Setup E-Commerce Sistem

3.3.1 Pengurusan Produk Untuk E-Commerce Website

Belajar Bina Websitte

Di bahagian ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk memasukkan produk-produk anda ke dalam sistem E-Commerce serta mengemaskini stok untuk produk anda. Berikut adalah perkara-perkara yang anda akan belajar melalui video tutorial ini:
– Menambah produk serta menetapkan stok setiap produk.
– Menetapkan “Sales Price” dan “Regular Price” produk anda.
– Memasukkan “Attribute” seperti saiz dan warna produk anda.
– Memasukkan gambar-gambar produk.
– Menetapkan description, kategori dan tags untuk setiap produk.

Pengurusan Produk E-Commerce

3.4.1. Payment Gateway

Payment gateway merupakan salah satu fungsi yang di dalam E-Commerce yang membuatkan E-Commerce Website anda menjadi begitu powerfull. Dengan memasang payment gateway tersebut, pelanggan dapat melakukan pembayaran secara online dengan menggunakan internet banking seperti Maybank2u atau CIMB Clicks. Di dalam video tutorial ini saya akan tunjukan cara-cara memasang “Billplz Payment Gateway” di E-Commerce Website anda.

Billplz merupakan satunya payment gateway provider yang tidak mengenakan sebarang bayaran bagi memasang fungsi tersebut di website anda. Billplz hanya akan caj anda sebanyak RM1.50 bagi setiap transaksi pembayaran yang dilakukan oleh pelanggan anda melalui internert banking. Berikut adalah perkara yang anda akan belajar melalui video tutorial ini:
– Memasang serta integrate sistem “Billplz Payment Gateway” ke dalam E-Commerce Website.
– Membuat akaun dengan “Billplz Payment Gateway”
– Memasukkan API Secret Key dan Collect ID ke dalam sistem E-Commerce anda.

Cara-Cara Memasang Payment Gateway Billpliz