LANGKAH KETIGA: MULAKAN SETUP DAN DESIGN WEBSITE

Setelah berjaya memasang Wordpress, kini anda boleh mula untuk setup dan design website anda. Di dalam step yang ketiga ini anda akan belajar cara-cara untuk memasang theme, plugin dan menu. Lihat details tutorial di bawah.

3.0.1. Memasang Theme Untuk Website.

Cara-Cara  Memasang Divi Theme

Perkara pertama yang anda perlu lakukan selepas memasang Wordpress ialah memilih dan memasang “theme” untuk website anda. Di dalam WordPress, terdapat beribu theme yang di design secara professional yang anda boleh pilih dan pasang secara percuma untuk website anda. Anda cuma perlu memilih theme yang sesuai dengan diri/syarikat/perniagaan anda. Untuk permulaan, saya cadangankan anda memilih “Divi” sebagai theme website anda. Ini kerana Divi merupakan theme khas untuk “business website” yang saya berikan secara percuma untuk anda (Kalau nak beli harga dia $249 atau lebih kurang RM1100). Video tutorial di bawah menerangkan cara-cara memasang Divi Theme untuk website (wordpress) anda.

3.1.1. Memasang Plugin Untuk Website

Cara-Cara Memasang Plugin

“Plugin” merupakan sofware yang dipasang untuk menambah fungsi WordPress. Setiap Plugin mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Fungsi-fungsi tambahan daripada plugin inilah yang membuat WordPress menjadi platform yang sangat berkuasa. Contohnya untuk design website kita guna plugin “Divi Builder”. Untuk buat “E-Commerce website”, anda boleh menggunakan plugin “Woocommerce” manakala untuk buat “Form” hubungi kami, anda boleh menggunakan plugin “Contact Form 7”. Untuk backup website anda pula, anda boleh menggunakan plugin “Backups Guard”. Tonton video tutorial dibawah untuk cara-cara memasang plugin di wordpress.

3.3.1 Memasang Menu Untuk Website

Cara-Cara Memasang Menu Website

Memasang “Menu” untuk website anda sangatlah mudah, hanya perlu pergi ke bahagian “Appearance -> Menu”. Isi nama untuk menu anda dan klik pada create menu. Untuk details, sila lihat video tutorial di atas.