LANGKAH KEDUA: PILIH PLATFORM WEBSITE

Setelah berjaya membeli “Domain & Hosting” kini anda harus memilih platform yang sesuai untuk membina website anda. Tutorial di bawah adalah tentang platftom website yang paling sesuai untuk beginner.

2.0.1. Content Management System (CMS) ?

Sebelum anda memulakan proses membina dan merekabentuk (design) website anda, anda perlu memilih “platform” yang sesuai untuk anda gunakan bagi merekabentuk dan membangunkan website anda.

8 tahun dahulu, semasa saya mula-mula melibatkan diri dalam pembinaan website, kebanyakkan website dibina menggunakan “specific software” seperti “Adobe Dreamweaver” yang memerlukan kepakaran tertentu (coding) bagi membina sebuah website. Ia memerlukan masa yang lama untuk belajar dan agak sukar untuk mahir dalam masa yang sekejap. Namun, pada 2016 membina website adalah sangat mudah. Hal ini kerana wujudnya “Content Management System (CMS)” untuk membina website secara online seperti “WordPress, Drupal dan Joomla”.

CMS adalah sejenis platform yang membenarkan anda membina isi kandungan (content) untuk dipaparkan (publish) di dalam website anda secara online. Ianya sejenis software yang perlu dipasang (install) di dalam web hosting anda. Proses pemasangannya adalah amat mudah, hanya dengan beberapa klik sahaja. Masa yang diambil hanya selama 1-2 minit sahaja. Selepas dipasang, anda boleh masuk ke dalam sistem untuk menambah isi kandungan seperti text, photo dan video untuk website anda.

Selain itu, anda boleh memasang “theme” yang bersesuai dengan keperluan website anda. Jika anda membina website untuk perniagaan restoren anda, anda boleh memasang theme yang sesuai untuk restoren anda. Terdapat beribu-ribu jenis theme mengikut jenis niche perniagaan masing-masing.

2.0.2 CMS Platform yang mana sesuai untuk anda?

Majority menggunakan “WordPress” sebagai CMS Platform mereka. Selain itu, terdapat platform lain seperti Drupal dan Joomla namun tidak popular seperti WordPress.

CMS Platform Paling Popular 2016
Image Source: Colorlib.com

Gambar di atas menunjukkan jenis-jenis CMS Platform yang digunakan untuk tahun 2016. Seperti yang kita lihat di dalam gambar di atas, rata-rata web developer menggunakan WordPress (65%) bagi membina website mereka. Semua tutorial di IzWeb Solution hanya fokus kepada WordPress Sahaja.

2.1.1 Wordpress

Cara-Cara Install WordPress

2.1.2 Kenapa WordPress?

Terdapat beberapa sebab kenapa WordPress lebih popular dan lebih banyak digunakan berbanding CMS Platform yang lain. Antara kelebihan WordPress ialah:


2.1 Senang untuk dipasang (install)

Kebanyakkan web hosting menyediakan “one click installation process” yang mana WordPress boleh dipasang hanya dengan satu klik dan siap dalam masa kurang dari 1 minit. Cepat bukan?

2.2 Ianya Percuma

Tiada kos yang diperlukan bagi memasang WordPress, ianya 100% percuma! Anda hanya perlu membeli pakej web hosting + domain sahaja. Ia juga menawarkan pelbagai jenis theme dan plugin yang awesome secara percuma! Walaubagaimanapun, terdapat juga premium theme dan plugin yang dibayar namun ianya tidak wajib dipasang,

2.3 Mempunyai Komuniti yang sangat besar dan kuat.

WordPress mempunyai komuniti yang tersendiri yang mana ianya merupakan komuniti worldwide yang sangat besar dan kuat. Jika anda mempunyai masalah, hanya perlu cari penyelesaiannya di google, pasti ada jawapan yang telah disediakan oleh komuniti WordPress untuk anda.

2.4 Sangat Sesuai bagi beginner

WordPress adalah sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin membina website sendiri walaupon tanpa kepakaran teknikal yang mendalam seperti coding dan sebagainya. Ianya semudah seperti anda membina laman social Facebook anda.

Jadi, untuk beginner, saya cadangkan anda stick dengan WordPress. Ianya merupakan platform yang sangat mudah untuk membina website. Selain itu ianya sangat flexible dan sesuai untuk jenis perniagaan kecil atau besar. Saya sendiri menggunakan WordPress untuk membina website client-client saya.

2.2.1 Wordpress Dashboard Tour

WordPress Dashboard Tour