LANGKAH PERTAMA: PILIH NAMA DOMAIN & WEB HOSTING

Untuk langkah pertama membina website, terdapat dua benda wajib yang anda perlukan iaitu “Domain” (alamat web anda seperti: websitesaya.com) dan “Hosting” (tempat dimana webite anda disimpan untuk dipaparkan di internet). Lihat details tutorial di bawah tentang “Domain & Hosting” ini.

1.0.1 Apakah Jenis Domain Yang Patut Dipilih?

Untuk permulaan saya cadangkan anda pilih nama domain yang sama dengan nama bisnes/syarikat anda. Contohnya: syarikatsaya.com

Kebiasaannya, domain akan berakhir dengan “extension” seperti .com .org atau .net, jadi saya cadangkan anda kekal dengan “domain extension” ini kerana ianya selalu digunakan dan senang untuk diingati. Elakkan dari menggunakan domain extension yang pelik kerana ia boleh membuat visitor website anda keliru dan susah untuk dicari di search engine seperti google dan yahoo.

Pilih nama domain yang menunjukkan tentang jenama atau syarikat anda kerana ia mampu menaikkan “brand awareness” syarikat anda. Selain itu, untuk pemilihan domain juga, ianya mestilah senang untuk diingati dan sedap mata memandang. Elakkan dari menggunakan nama domain yang panjang seperti “ini-syarikat-saya-sdn-bhd.com”, cukup sekadar “syarikatsaya.com” kerana ianya lebih pendek dan lebih mudah untuk diingati.

1.0.2. Apakah Pakej Web Hosting Yang Sesuai Untuk Website Saya?

Terdapat banyak pakej web hosting yang ditawarkan oleh penyedia web hosting diluar sana, ada pakej yang murah dan ada pakej yang mahal bergantung kepada spesifikasi yang mereka tawarkan. Sebagai langkah permulaan, saya cadangkan anda untuk memilih dulu penyedia web hosting yang boleh mempunyai nama dan reputasi yang baik seperti TMD Hosting atau iCore Technology. Hal ini kerana mereka mempunyai teknologi dan service yang lebih baik, dimana mereka menawarkan “support 24/7”, perlindungan “anti-malware”, “automatic back up” dan server yang pantas. Kesilapan memilih penyedia web hosting boleh menyediakan website anda crash, kehilangan data, terdedah kepada ancaman malware, loading time yang lambat, support yang tidak memuaskan.

Namun, jika anda mempunya bajet yang kecil, anda boleh dapatkan bajet hosting di NetkL dengan harga yang lebih rendah.

Untuk pakej web hosting, terdapat beberapa jenis web hosting yang ditawarkan iaitu seperti “Shared Hosting”, “WordPress Web Hosting”, “Reseller Hosting”, VPS hosting” dan “Dedicated Server”. Untuk permulaan, anda dinasihatkan untuk memilih sama ada “Shared Hosting” atau “WordPress Web Hosting”. Perbezaan ketara antara Shared Hosting dan WordPress Web Hosting ialah WordPress Web Hosting mempunyai platform WordPress yang telah siap dipasang untuk anda dan ianya terhad kepada platform WordPress sahaja. Manakala untuk shared web hosting anda mempunyai flexibility dari segi pemilihan platform untuk website anda seperti WordPress. Dengan Shared Hosting anda akan dapat lebih banyak option yang lebih flexible jika dibandingkan dengan WordPress Web Hosting. Untuk Hosting storage pula saya cadangkan anda memilih storage sebesar 10GB untuk mengelakkan daripada masalah kekurangan storage dikemudian hari. Namun bergitu jika hanya ingin membina simple website seperti landing page sahaja, 500MB-1GB sudah memadai untuk anda. Harga untuk pakej Shared Hosting adalah dalam lingkungan RM60/tahun sehingga RM1000/tahun (selalunya percuma domain .com).

1.1.1 Tempat Untuk Dapatkan Domain & Hosting?

Domain
Domain boleh dibeli secara pakej bersama web hosting atau boleh dibeli secara berasingan. Domain boleh dibeli secara berasingan dengan harga serendah RM4.07 di website GoDaddy (untuk kali pertama sahaja). Namun, terdapat banyak penyedia web hosting menawarkan domain secara percuma jika anda membeli pakej web hosting mereka.

Hosting
Web Hosting boleh dibeli di NetkL, TMD Hosting, iCore Technology dan banyak lagi penyedia web hosting yang lain. Pakej yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap penyedia web hosting. Anda boleh dapatkan pakej web hosting dari serendah RM60/tahun sehingga RM1000++/tahun mengikut spesifikasi yang ditawarkan oleh mereka.

1.2.1 Cara-Cara Membeli Web Hosting (Shared Web Hosting)

Cara-Cara Membeli Web Hosting

Cara-Cara Membeli Web Hosting Di iCore Technology.

1. Masuk Ke Laman Web iCore Technology.

2. Pilih Pakej Web Hosting Services Dan Pilih Plan Yang Sesuai Dengan Anda. (GX10GB – Semi Dedicated)

3. Masukkan Nama Domain Yang Anda Ingin Tempah Dan Check Availability Domain Tersebut. Klik Continue Jika Available.

4. Pilih Billing Cycle Anda (Setahun/ 2 Tahun/ 3 Tahun). Pilih Control Panel, Sama Ada cPanel Atau Directadmin (Saya Cadangkan Anda Pilih cPanel Berbanding Directadmin).

5. Klik Yes Untuk Domain Whois ID Protection. Ia Diberikan Secara Percuma. (Kalau Tidak Details Anda Akan Terdedah Kepada Umum Di Laman Web who.is)

6. Tambah SSL Certificate Jika Anda Nak Buat Laman Web E-Commerce (Untuk Lindungi Database Customer Anda). Kemudian Klik Checkout.

7. Buat Final Review Tentang Plan Yang Anda Pilih. Isi Details Yang Diperlukan Dan Pilih Payment Method.

8. Klik Pada Kotak “I Have Read And Agree To The Term of Service” Dan Klik Complete Order.

9. Lakukan Pembayaran Dan iCore Technology Akan Menghantar “Confirmation Email” Serta Email “Login Ke cPanel”. Guna Details Tersebut Untuk Masuk Ke cPanel Dan Install Platform Yang Anda Perlukan.